Kuasa autonomi untuk kerajaan Sabah dan Sarawak meluluskan projek bernilai 50 juta ringgit ke bawah mampu mempercepatkan projek baik pulih sekolah daif di dua negeri itu.
Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi Dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee melihat keputusan berkenaan penting kerana isu birokrasi terutamanya melibatkan kelulusan kewangan daripada kerajaan pusat sering mengakibatkan beberapa projek tetangguh malah ada yang tergendala.